Please use this identifier to cite or link to this item: http://wb.yru.ac.th/xmlui/handle/yru/6108
Title: HIPOTESIS TENTANG KEMUNCULAN AWALAN menge-DALAM BAHASA MELAYU STANDARD
Other Titles: Hypothesis on the Appearance of the Prefix menge- in the Standard Malay
Authors: Manavavee Mamah
Sato Hirobumi @ Rahmat
มะนาวาวี มามะ
Keywords: asimilasi bunyi
pertembungan dua morfem
pilihan yang sedia adal
sifat vokal
Issue Date: 9-Dec-2019
Publisher: Master of Education, Program Teaching Islamic Education, Yala Rajabhat University
Series/Report no.: Proceedings of the National and International Conference in Islamic Education and Educational (a joint conference between YRU&UMJ);9 December 2019; 191.305
Abstract: Fenomena pertembungan dua bunyi yang terdapat antara awalan me(N)-atau pe(N)- dengan bunyi awal kata dasar telah kami selidiki dari segi fonetik akustik berkomputer dalam suatu kajian kami yang dahulu. Kajian ini membuktikan secara saintifik bahawa bentuk meng- dan peng- yang ditetapkan oleh sesetengah pengkaji dari aliran TG sebagai morfem dasar bagi awalan yang berkenaan tidak dapat menghasilkan bentuk alomorfnya seperti yang digunakan secara umum dalam bahasa Melayu standard. Maksudnya, variasi dua awalan tersebut sebaiknya dianalisis sekali lagi berdasarkan kaedah eklektik yang menggabungkan satu idea “pilihan yang sedia ada” dengan satu lagi idea “asimilasi bunyi”. Dengan kaedah ini dapat dikemukakan satu hasil analisis dari segi fonetik fiziologis dan juga fonetik akustik berkomputer, iaitu (i) pertembungan dua konsonan nasal dihindari di sempadan dua morfem, (ii) konsonan letupan tak-bersuara digugurkan di awal kata dasar, (iii) konsonan letusan tak bersuara c (bunyi artikulasi gandaan) dikekalkan, (iv) hanya bentuk meng- dan peng- sahaja bertembung dengan vokal awal kata dasar, (v) konsonan h yang hadir di awal kata dasar mendekati sifat vokal, dan (vi) konsonan l, r, w, y yang hadir di awal kata dasar menjauhi sifat vokal. Namun, awalan menge- yang agak baharu dalam sejarah bahasa Melayu standard tidak dapat diperjelas dengan kaedah yang sama. Dalam kajian kali ini kami hipotesiskan bahawa awalan menge- dicipta, melalui kesalahfahaman, dari awalan nge- < nge(N)- yang terdapat dalam bahasa Sunda atau bahasa Jawa.
URI: http://wb.yru.ac.th/xmlui/handle/yru/6108
Appears in Collections:4.02 บทความวิจัย

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
2562-Manavavee191-305 - Cover.pdf1.34 MBAdobe PDFView/Open
2562-Manavavee191-305.pdf1.06 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.