Please use this identifier to cite or link to this item: http://wb.yru.ac.th/xmlui/handle/yru/6098
Title: PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR THAI DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Authors: Khuzaiton Zakaria
Nurhuda Sadama
นุรฮูดา สะดามะ
Keywords: Pengajaran Bahasa Melayu
Dialek Kelantan
Pelajar Thai
Fonologi
Leksikal
Issue Date: 31-Oct-2018
Publisher: Centre for Language Studies and Generic Development, University Malaysia Kelantan
Series/Report no.: Proceedings International Conference on Ummah 2018 (ICU 2018);31 Oct - 1 Nov 2018; 256-262
Abstract: Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada pelajar asing dari negara Thai di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pembentang ialah satu-satunya pengajar Kursus Bahasa Melayu yang juga merupakan anak jati negeri Tanah Sekebun Bunga, Cik Siti Wan Kembang. Kemasukan pelajar asing ke universiti di negara ini mensyaratkan mereka perlu mempelajari bahasa Melayu kerana mereka dikehendaki mengambil kursus wajib Bahasa Melayu yang ditawarkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian di UMK. Pengajaran Bahasa Melayu menerima tempias dialek Kelantan memandangkan pelajar dari negara Thai fasih berbahasa Melayu dialek Patani yang agak sama dengan dialek Kelantan. Dialek Kelantan digunakan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada pelajar mengenai makna sesuatu kosa kata atau ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dialek Kelantan juga digunakan oleh pelajar Thai kerana mereka sudah sebati bertutur dalam dialek Melayu Patani. Penggunaan dialek Kelantan boleh dilihat dalam aspek fonologi, morfologi, ayat dan leksikal. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh dialek Kelantan dari sudut fonologi dan leksikal semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Thai.
URI: http://wb.yru.ac.th/xmlui/handle/yru/6098
ISBN: 978-967-2229
Appears in Collections:4.02 บทความวิจัย

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
2018-Nurhuda256-262 - Cover.pdf8.53 MBAdobe PDFView/Open
2018-Nurhuda256-262.pdf534.8 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.