DSpace Repository

PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR THAI DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Show simple item record

dc.contributor.author Khuzaiton Zakaria
dc.contributor.author Nurhuda Sadama
dc.contributor.author นุรฮูดา สะดามะ
dc.date.accessioned 2022-05-11T07:38:58Z
dc.date.available 2022-05-11T07:38:58Z
dc.date.issued 2018-10-31
dc.identifier.isbn 978-967-2229
dc.identifier.uri http://wb.yru.ac.th/xmlui/handle/yru/6098
dc.description.abstract Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada pelajar asing dari negara Thai di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pembentang ialah satu-satunya pengajar Kursus Bahasa Melayu yang juga merupakan anak jati negeri Tanah Sekebun Bunga, Cik Siti Wan Kembang. Kemasukan pelajar asing ke universiti di negara ini mensyaratkan mereka perlu mempelajari bahasa Melayu kerana mereka dikehendaki mengambil kursus wajib Bahasa Melayu yang ditawarkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian di UMK. Pengajaran Bahasa Melayu menerima tempias dialek Kelantan memandangkan pelajar dari negara Thai fasih berbahasa Melayu dialek Patani yang agak sama dengan dialek Kelantan. Dialek Kelantan digunakan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada pelajar mengenai makna sesuatu kosa kata atau ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dialek Kelantan juga digunakan oleh pelajar Thai kerana mereka sudah sebati bertutur dalam dialek Melayu Patani. Penggunaan dialek Kelantan boleh dilihat dalam aspek fonologi, morfologi, ayat dan leksikal. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh dialek Kelantan dari sudut fonologi dan leksikal semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Thai. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Centre for Language Studies and Generic Development, University Malaysia Kelantan en_US
dc.relation.ispartofseries Proceedings International Conference on Ummah 2018 (ICU 2018);31 Oct - 1 Nov 2018; 256-262
dc.subject Pengajaran Bahasa Melayu en_US
dc.subject Dialek Kelantan en_US
dc.subject Pelajar Thai en_US
dc.subject Fonologi en_US
dc.subject Leksikal en_US
dc.title PENGARUH DIALEK KELANTAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR THAI DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account